fb fb fb fb fb

Dakwaan ekonomi negara celaru tidak benar - PM

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya dasar ekonomi di bawah Kerajaan Perpaduan sebagai bercelaru.

Anwar berkata dasar ekonomi yang jelas dan meyakinkan telah menarik pelaburan ke dalam pelbagai sektor ekonomi yang lebih rancak pada suku pertama 2023.

"Jika Kerajaan Perpaduan bercelaru, pertumbuhan negara tidak dapat mengatasi Indonesia, Vietnam dan China.

"Pelaburan juga tidak akan wujud sekiranya kerajaan ini bercelaru.

"Pelaburan ini serius sebab sebulan setelah kita ke China, Geely datang. Bukan sahaja pelancaran Proton X90, tetapi kita mencadangkan supaya disegerakan projek automotif di Tanjung Malim.

"Kerajaan Perpaduan mempunyai dasar yang jelas. Segala rungutan munasabah akan diatasi, sekali gus merancakkan pentumbuhan negara," katanya selepas menjawab soalan tambahan wakil Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu