KUANTAN, 13 Mei - Sejumlah 160,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK), manakala 60,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bermula hari ini hingga Isnin.
Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi menerusi satu kenyataan media memaklumkan, kebanyakan pengguna dilihat mengambil peluang cuti hujung minggu yang panjang bersempena cuti umum Hari Wesak.
(220,000 kenderaan dijangka akan guna Lebuh raya KLK dan Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1/ANIH Berhad)
Katanya, para pengguna yang bakal memulakan perjalanan pada hari esok diingatkan agar masuk ke lebuh raya sebelum pukul 9 pagi bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa dan lancar.
"Ini m3mqndangkan keadaan trafik di Lebuhraya KLK sentiasa menunjukkan peningkatan setiap kali hujung minggu, sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
"Pengguna juga dinasihatkan supaya memastikan baki e-wallet, Touch n’Go dan SmartTag mereka mecukupi," kata Radzimah.
Pihak ANIH Berhad sentiasa dalam keadaan bersedia untuk memastikan kelancaran dan keselesaan semua pengguna, sepanjang musim perayaan ini.
Pihaknya dalam pada itu turut mengingatkan para pengguna lebuh raya kendaliannya agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dalam kemeriahan mereka meraikan cuti umum Hari Wesak yang akan disambut Isnin ini.