fb fb fb fb fb

Cuti hampir 800 anggota bomba di Kedah dibekukan berikutan situasi banjir

Foto: FB JBPM Kedah

JITRA, 17 September- Cuti hampir 800 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kedah dibekukan berikutan situasi banjir yang melanda negeri itu selain jangkaan fenomena air pasang besar dalam tempoh dua atau hari berikutnya.

Pengarah JBPM Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata tindakan itu sebagai salah satu daripada langkah berjaga-jaga diambil pihaknya dalam mendepani apa sebarang situasi melanda negeri ini.

"Jadi kita akan membekukan cuti semua pegawai dan amulai hari ini, esok dan lusa. Selain itu persiapan kita arahkan balai bomba yang berdekatan dengan sungai utama iaitu Sungai Bata dan Kota Setar supaya buat persiapan awal," katanya pada sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, di sini hari ini.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan akan berlaku fenomena air pasang besar dalam tempoh sehari dua ini.

Dalam pada itu, semakan di laman web MetMalaysia menunjukkan jangkaan ribut petir di beberapa kawasan akan berterusan hingga Isnin depan.

Ketinggian ombak bermula hari ini hingga Isnin depan dijangkakan antara 1.5 hingga 3.5 meter manakala kelajuan angin antara 30 hingga 40 kilometer sejam.

ZEHRA BINTI ZAMBRI