fb fb fb fb fb

Cuti 2,200 Anggota JPJ dibekukan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2022

KLANG, 26 April - Seramai 2,200 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dibekukan cuti sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2022.

Operasi khas bermula 29 April hingga 8 Mei itu memfokuskan penguatkuasaan dan advokasi bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya ketika musim perayaan.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata semua penguat kuasa berkenaan ditugaskan menjalankan pemantauan menyeluruh di semua kawasan termasuk lokasi panas.


(Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan)

"Kita ada kekuatan untuk Selangor sahaja kita ada lebih kurang 300 orang penguatkuasa dan kita juga telah membekukan cuti mereka tetapi dalam satu-satu masa lebih kurang akan ada 1,600 orang akan berada di sekitar dan penugasan ini kita buat giliran ada 300 orang tetapi tidak semua terlibat dan kita akan buat secara giliran".

Tambah beliau, ia melibatkan pemeriksaan bas di depoh dan terminal bas selain penguatkuasaan di lebuh raya atau jalan utama.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan bas di Depoh Bas Sani Ekspress di Klang Sentral, Klang.

Media Baharu