fb fb fb fb fb

Cukai SST 8%: Hanya 17 peratus pengguna SESB terlibat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Hanya penggunaan elektrik 600 kilowatt jam ke atas atau bil bulanan melebihi RM203 sahaja akan dikenakan Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak lapan peratus bermula 1 Mac ini.

Kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini, diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2024, tahun lalu.

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar, memaklumkan, kira-kira 95,000 orang atau hampir 17 peratus pengguna di Sabah akan terlibat dalam kadar baharu itu.

Tambahnya, SESB sentiasa memantau dan bersedia membantu untuk memberi kefahaman kepada pengguna sekiranya berlaku sebarang kerumitan semasa peralihan ini.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan cukai SST di laman sesawang rasmi SESB di www.sesb.com.my.

SITI AISHAH MD ISA