fb fb fb fb fb

Cuepacs mahu skim pembantu tadbir ditingkatkan

Datuk Adnan Mat

KUALA TERENGGANU, 24 Oktober- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu skim pembantu tadbir penjawat awam ditingkatkan kepada gred 5 atau setara gred 29.

Perkara itu berikutan skim berkenaan mengalami keciciran gred dalam skim perkhidmatan baharu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuatkuasa pada Disember depan.

Ia berikutan hampir 300,000 pembantu tadbir awam seluruh negara dalam gred 1 menerusi SSPA akan terus menerima gaji setaraf kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata, rata-rata mereka berpendidikan lebih tinggi sehingga Ijazah Sarjana sedangkan skim-skim penjawatan lain yang setara atau lebih rendah semakin meningkat.

Justeru Cuepacs menuntut kerajaan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menaikkan skim berkenaan pada tahap yang lebih selesa.

"Malah pembantu tadbir juga telah terbeban di sekolah tertentu dengan hanya ada satu sahaja jawatan tetapi menjalankan semua tugas termasuk tugas kewangan, pengurusan, pentadbiran dan juga tugas-tugas untuk menentukan bajet dan sebagainya.

"Ia jauh berubah dari segi skop fungsi dan tugas. Justeru itu kami memohon kerajaan bawah fasa opsyen ini untuk menguruskan skim perkhidmatan pambantu tadbir supaya ditingkatkan kepada N5," katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan peringkat Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu, di sini.

Adnan juga memaklumkan golongan pembantu tadbir merupakan tunjang dan barisan hadapan terhadap pentabdiran dan perkhidmatan di seluruh jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara.

Selain itu skop tugas pembantu tabdir juga jauh berubah dan lebih meluas berbanding tangga gaji yang ditawarkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI