CPP usaha lindungi murid sekolah

Fadhlina Sidek/ BERNAMA

NIBONG TEBAL, 13 Januari – Semua pemegang taruh termasuk ibu bapa bakal menandatangani Polisi Perlindungan Kanak-Kanak (CPP) minggu hadapan dalam usaha menangani kes buli dalam kalangan murid sekolah sebelum polisi itu dilaksanakan dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua pemegang taruh termasuk ibu bapa akan menandatangani Polisi Perlindungan Kanak-Kanak minggu hadapan.
  • Polisi bertujuan menangani dan mencegah kes buli dalam kalangan murid sekolah.
  • CPP merangkumi perlindungan terhadap gangguan seksual dan penderaan.
  • Polisi juga menekankan penjagaan kesihatan mental murid secara menyeluruh.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah itu
antara komitmen drastik kerajaan, memastikan persekitaran sekolah kekal selamat dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman.

“Kita minta ibu bapa dan ihak-pihak berkaitan pemegang taruh untuk menandatangani Polisi Perlindungan Kanak-Kanak (CPP) segera. Minggu ini kita berikan peluang kepada semua ibu bapa untuk menguruskan anak-anak bersempena dengan pembukaan sekolah.

“Saya fikir minggu depan polisi ini boleh ditandatangani ibu bapa, pemegang taruh dan semua terlibat. Polisi ini untuk melindungi dari segi buli, gangguan seksual, penderaan serta isu-isu terkait rapat dengan kesihatan mental. Iu semua terangkum dalam CPP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah di sini.

Polisi berkenaan tidak hanya memfokuskan pencegahan kes buli, malah merangkumi perlindungan terhadap gangguan seksual, penderaan, serta penjagaan kesihatan mental murid secara menyeluruh.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan