fb fb fb fb fb

Confirm AI, tuisyen dalam talian bagi pelajar SPM

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Perkhidmatan tuisyen secara dalam talian Confirm AI akan diadakan secara percuma selama setahun diberikan kepada lebih 1,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 14 buah sekolah menengah bagi Parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut ahli Parlimennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, perkara itu bertujuan bagi membantu pelajar berpendapatan rendah meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Program itu dibiayai Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan dana pembangunan sebanyak RM500,000 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Ini adalah untuk memberikan penekanan untuk membantu perangsangan murid di Bandar Tun Razak kerana kita ingin bantu kumpulan miskin bandar.

"Kita beri tuisyen ini secara terus jadi kita boleh bantu pelajar ini dalam pelajarannya selain menyokong mutu pendidikan,' katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tuisyen Dalam Talian Confirm AI di ibu negara.

Wan Azizah berkata, kemajuan teknologi itu merupakan satu instrumen yang boleh meningkatkan mutu pendidikan negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI