fb fb fb fb fb

China tambah biasiswa percuma kepada 1,000 pelajar lepasan TVET jalani latihan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra bersama tetamu pada majlis perasmian Program TVET Place and Train UTeM@KPT di Dewan Canselori UTeM

DURIAN TUNGGAL, 16 Januari - Negara China menawarkan tambahan 1,000 peluang pengajian dalam bidang  Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan biasiswa penuh kepada pelajar Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peluang terbuka khususnya kepada pelajar dalam bidang berteknologi tinggi.

Katanya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membiayai tiket penerbangan untuk pelajar yang terpilih mengikuti kursus ditawarkan.

"MARA akan membiayai tiket penerbangan pergi dan balik untuk pelajar-pelajar TVET kita dan kerajaan negeri China akan membiayai 100 peratus kursus itu termasuklah kemudahan dan lain-lain kos di sana.

"Ini adalah satu tawaran yang baik dan saya telah mencadangkan agar 1,000 tempat ini dibahagikan dalam kalangan institusi-institusi TVET yang ada termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Rangkaian Universti Teknikal Malaysia (MTUN)," kata Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara bercakap kepada pemberita selepas merasmikan TVET Place and Train UTEM@KPT di kampus Induk UTEM, di sini.

Beliau juga berkata ia merupakan usaha sama dalam "Belt and Road Initiative".

Kursus yang ditawarkan termasuk Kecerdasan Buatan (AI), Kenderaan Elektrik (EV), Keselamatan Siber dan solar.

TETITIA YUSOFF