fb fb fb fb fb

Chegu Bard direman dua hari, dakwaan kes rasuah TLDM

Datuk Rusdi Md Isa

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaannya berhubung isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Md Isa mengesahkan penahanan Chegu Bard pukul 3.00 petang semalam bagi menjalankan siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kesalahan berkaitan dokumen kerajaan adalah serius.

"...saya tengok ada keperluan untuk kita tahan dia (Chegu Bard) untuk kita dapatkan dokumen itu walaupun salinan. Kita nak tahu siapa yang memberikan dokumen itu. Sebab dokumen itu hak milik kerajaan atau ada individu tertentu yang memberinya sebab dia (Chegu Bard) bukan kerja di situ," katanya kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI