fb fb fb fb fb

Cegah rabies: Program pemandulan sasar 1,000 ekor anjing

foto arkib

JOHOR BAHRU, 2 Oktober - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarkan 1,000 ekor anjing dikembiri dalam usaha menangani risiko rabies di bandar raya itu.

Program pemandulan berskala besar itu bukan sahaja melibatkan anjing liar, malah anjing peliharaan.

Menurut Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman, RM395,000 diperuntuk bagi program tersebut yang akan dilaksanakan hujung bulan ini.  

"Penyakit ini bukan saja rabies, tetapi penyakit dipanggil "papo" yang boleh berjangkit dalam kalangan haiwan. Jadi, apabila berjangkit memang berat cabarannya. Jadi, kita sedar aduan bagi tiga tahun yang lepas berkenaan anjing liar sangat tinggi, " katanya kepada media.

Hingga awal bulan lalu, MBJB merekodkan sebanyak 479 aduan berhubung anjing liar.

Manakala 627 aduan diterima tahun lalu, dan 703 aduan, pada 2022.

Trainee