fb fb fb fb fb

Caruman KWSP terhadap pekerja asing, wujudkan kesaksamaan gaji

F

KUALA LUMPUR, 6 November- Cadangan untuk mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing bertujuan mewujudkan kesaksamaan gaji dalam negara.

Langkah itu juga memastikan kepentingan pekerja tempatan terus dilindungi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata Malaysia telah mencapai kemajuan ketara dalam kebajikan pekerja asing, termasuk pematuhan kepada amalan baik yang ditetapkan oleh organisasi buruh antarabangsa.

"Langkah ini bertujuan menyamakan gaji pekerja asing tanpa menjejaskan pekerja tempatan.

"Dengan mewajibkan caruman KWSP, kita secara tidak langsung menyamakan kedudukan pekerja asing dengan pekerja tempatan, agar kebergantungan terhadap pekerja asing dapat dikurangkan," katanya pada Persidangan ESG dan Kelestarian 2024 di sini.

Tambah beliau, KWSP kini sedang menilai mekanisme pencaruman yang sesuai sebelum ia dimuktamadkan tahun hadapan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM