fb fb fb fb fb

Capital A Bhd berhasrat beroperasi di Subang

(FOTO RTM)

SEPANG, 9 Februari-Capital A Bhd berhasrat untuk memulakan operasi penerbangan baharu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) selepas pengumuman kelulusan pelan penjanaan semula Lapangan Terbang Subang, (SARP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Kumpulan Penerbangan AirAsia telah memohon bilangan penerbangan tertentu bagi operasi di lapangan terbang itu dengan sasaran penumpang berbeza.

"Ini merupakan kerugian jika tidak digunakan. Bandar besar seperti Kuala Lumpur yang sepatutnya mempunyai dua buah lapangan terbang yang menawarkan harga berbeza. Sebagai contoh, Lapangan Terbang London adalah lebih mahal berbanding Heathrow untuk terbang dari dan ke mana-mana destinasi. Jadi saya rasa ini merupakan keputusan yang sangat berani dan tepat bagi industri penerbangan Malaysia", ujarnya kepada media selepas melancarkan 'Ask Bo, pusat perkhidmatan pelanggan baharu yang akan menggantikan bot sembang pertamanya iaitu AirAsia Virtual Allstar (AVA) yang ditamatkan perkhidmatannya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini mengumumkan bahawa SARP yang dicadangkan Malaysia Airports Holdings Bhd telah diluluskan oleh Kabinet pada 2 Februari selepas pertimbangan teliti.

Perubahan utama yang dicadangkan termasuk pengenalan semula penerbangan penumpang berjadual dan penerbangan kargo menggunakan jet sehingga saiz A320, B737 atau pesawat setara di LTSAAS.


(Ketua Pegawai Eksekutif Capital A/FOTO RTM)

Media Baharu