fb fb fb fb fb

Calon PN bertanding di 14 kawasan Parlimen Kelantan diumum 3 November

KELANTAN, 23 Oktober- Senarai calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di semua 14 kawasan Parlimen di Kelantan akan diumumkan pada 3 November depan.

Pengarah Pilihanraya PN Kelantan Zulkifli Mamat berkata, bagi menghadapi PRU15 pihaknya akan menggerakan 27,200 jentera parti yang akan memainkan peranan sepanjang tempoh berkempen.


(Pengarah Pilihanraya PN Kelantan Zulkifli Mamat)

"Bilik gerakan bagi 14 parlimen kawasan tapi kita ada 544 bilik gerakan di peringkat udm penyelarasan”, katanya ketika melancarkan Bilik Gerakan Media PN Kelantan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di Kota Bharu.

Menurut Zulkifli, kempen secara bersemuka menjadi tunjang utama dalam meraih sokongan pengundi untuk memilih PN selain menggunakan medium media social.

Katanya, pendekatan itu secara tidak langsung mampu mendekatkan parti dengan rakyat.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Condong itu berkata, pelancaran jentera PN akan turut dilakukan pada 3 November ini.

Merujuk kepada data Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sehingga Mei tahun ini, seramai 1.4 juta pengundi di Kelantan iaitu 704,000 merupakan pengundi lelaki dan 711,000 adalah pengundi wanita.

Media Baharu