fb fb fb fb fb

Calon bertanding untuk PRU DUN Johor, boleh guna saluran RTM sebagai medium berkempen

JOHOR BAHRU, 29 Januari - Calon-calon bertanding bagi Pilihan Raya Umum, PRU Dewan Negeri Johor boleh menggunakan semua saluran RTM sebagai salah satu medium berkempen.

Ini termasuk calon daripada parti pembangkang dan bebas.

Langkah ini jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, bagi melengkapkan proses demokrasi seterusnya mewujudkan demokrasi matang.

Calon berpeluang menyampaikan mesej-mesej mereka untuk lebih dikenali masyarakat, dan membolehkan pengundi membuat keputusan untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

"Kita juga faham dgn sop bar itu ada sikit limitation pergerakan calon secara individu, maka disitu di mana ada ruang yg rtm boleh mainkan peranan emmberi ruangan2 sesuai utk mereka dgn secara adil dan saksama", kata Tan Sri Annuar Musa ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke RTM Johor di Johor Bahru.

Jelasnya, RTM juga berperanan menyampaikan maklumat sahih dan tepat, khususnya berkaitan pilihan raya, kepada pengundi-pengundi di Johor, melalui platform radio dan televisyen.

Media Baharu