fb fb fb fb fb

Cadangan pindaan kewarganegaraan anak dipersembah kepada Majlis Raja-Raja

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan anak wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing yang lahir di luar negara akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bertujuan membolehkan ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan hak seadilnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Hak warganegara itu hanya kepada bapa, jadi tidak termasuk ibu, jadi kita hendak masukkan ibu dan bapa kerana dalam perlembagaan tidak adil kalau hanya letak bapa dan tidak masuk ibu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia (IMLC) 2023, di sini.

Tambah Anwar, cadangan pindaan itu seterusnya dijangka akan dibentangkan di Parlimen September ini.

Media Baharu