fb fb fb fb fb

Cadangan pelebaran lorong Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak lulus

(Datuk Seri Abdul Rahman ditemui media berkata syarikat konsesi dalam proses memuktamadkan reka bentuk)

LIPIS, 18 Mei- Cadangan pelebaran lorong Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) diluluskan dan akan dilaksanakan oleh ANIH Berhad selaku pemegang konsesi lebuh raya berkenaan.

Timbalan Menteri Kerja raya , Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata syarikat konsesi dalam proses memuktamadkan reka bentuk.

Kerja pembinaan fizikal di tapak dijangka bermula pada Julai ini siap pada tahun 2026.

KLK yang baharu nanti dijangka lebih selesa, cepat, mudah dan cekap dalam menangani isu kesesakan yang sering berlaku di Lebuhraya KL-Karak terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

"Menjelang Julai ini kita akan mula buat pelebaran jalan Lebuhraya Karak bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia yang bernilai RM1.7 bilion. Kita akan mula sepanjang 42.3 kilometer dan kita akan membina satu lagi terewong di lebuh raya tersebut," kata Abdul Rahman selepas majlis Rumah Terbuka Adilfitri  Parlimen Lipis, di sini.

Kerja pelebaran itu bermula dari Plaza Tol Gombak ke Persimpangan Mempaga dan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama Central Spine Road ke Plaza Tol Bentong.

Ia turut melibatkan tambahan pembinaan sebuah terowong dua lorong baharu yang akan dibina bersebelahan dengan terowong sedia ada arah Timur dan penyediaan lampu jalan di sepanjang jajaran yang terlibat.


(Cadangan pelebaran lorong Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak lulus/Foto fail)

Media Baharu