fb fb fb fb fb

Cadangan insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak, proaktif

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Langkah mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak botol disifatkan proaktif.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi berkata, insentif itu dapat mengurangkan gangguan bekalan terhadap permintaan minyak masak terutamanya pada bulan Ramadan dan menjelang hari raya.

Pemberian insentif juga berupaya mengawal sebarang kenaikan kadar inflasi disebabkan permintaan tinggi dan kekurangan bekalan.

"Ia juga membantu rakyat Malaysia terutamanya dalam mengekang kenaikan kos sara hidup.

"Pada masa yang sama ia mungkin akan membebankan sedikit kerajaan tetapi ini adalah sesuatu yang diperlukan oleh rakyat Malaysia, yang majoritinya menggunakan minyak sawit sebagai minyak dalam masakan mereka," katanya kepada RTM.

Ujarnya, harga minyak sawit negara masih rendah iaitu RM30 untuk lima liter, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengumumkan, kerajaan sedang mempertimbangkan pemberian insentif khas itu.

Ia langkah intervensi segera bagi menstabilkan bekalan di pasaran.

Antara punca berlaku gangguan bekalan disebabkan kenaikan kos pengeluaran ekoran harga minyak sawit mentah dunia meningkat tinggi sejak dua tahun lalu.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM