fb fb fb fb fb

Cadangan hukuman rotan di sekolah perlu diteliti

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, cadangan kembalikan hukuman rotan di sekolah perlu diteliti secara menyeluruh

KUCHING, 18 Oktober- Cadangan untuk mengembalikan hukuman rotan bertujuan mendisiplinkan pelajar di sekolah perlu diteliti secara menyeluruh.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini bagi mengelak tindakan itu memberi kesan negatif seperti rasa takut atau trauma dalam kalangan kanak-kanak untuk hadir ke sekolah.

“Memang itu dibincangkan, cuma kita perlu mendengar juga respon daripada rakyat. Kadang-kadang bila kita dalam keadaan yang begitu ghairah, ia mungkin menjadi satu prosedur yang tidak digemari terutama sekali oleh kanak-kanak. Mereka mungkin akan takut ke sekolah nanti. Jadi kita lihat. Ini bukanlah satu prosedur yang terus dilaksanakan. Banyak perkara yang kita bincangkan, tapi belum lagi diselesaikan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Program Kasih Keluarga dan Pelancaran Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di Santubong.

Progam dua hari itu bersempena Santubong Day menyediakan pelbagai pengisian menarik antaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan Sambal Warisan Keluarga dan Pertandingan Bercerita Rakyat.

Turut diadakan aktiviti Senamrobik dan Fun Walk KASIH Keluarga Santubong, Sukan Rakyat “Nostalgia Anak Kampung”, Jualan RAHMAH dan juga pameran perkhidmatan pelbagai agensi.

SITI NOORAIN ABDULLAH