SEMENYIH, 18 Mac- Hutan seluas 2.02 hektar dilaporkan terbakar di puncak 1 bukit Broga, Semenyih.
Penguasa Kanan Bomba I, Shahrin Yusmar Mat Yusof, Ketua Zon 4 Hulu Langat, JBPM Selangor berkata laporan kejadian diterima pukul 7.39 malam tadi.
"kita telah memulakan operasi kita sekitar jam 7:30 ptg tadi sehingga pukul 2 pagi dimana kaedah pemadaman adalah secara manual iaitu secara memerap api dan juga melakukan fire break dengan menggunakan kaedah cangkul dan juga untuk memotong bahan bekalan yang mudah terbakar dan jenis yang terbakar di puncak broga ini adalah jenis pokok renek dan juga jenis paku pakis yang kering lah,” katanya ketika ditemui di sini.
Jumlah anggota yang terlibat dalam operasi pemadaman seramai 64 orang, serta melibatkan pelbagai agensi.
Masa pendakian ke puncak mengambil masa kira-kira 30 hingga 45 minit.
Tambah beliau, kebakaran mudah merebak ke beberapa kawasan disebabkan tiupan angin di sekitar bukit dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
Operasi berakhir pada pukul 3.30 pagi dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi.