fb fb fb fb fb

Buka kaunter fizikal PADU disemua pejabat daerah dan tanah

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan Mohd Sawal Shakimon

SEREMBAN, 23 Januari - Kaunter fizikal Pangkalan Data Utama (PADU) akan diperluaskan di setiap pejabat daerah dan tanah di Negeri Sembilan bermula Februari ini.

Ia selain mengekalkan beberapa kaunter fizikal sedia ada bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat di negeri itu untuk membuat pendaftaran.

Menurut Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan Mohd Sawal Shakimon kaunter fizikal turut akan dibuka di beberapa kawasan 'hotspot' seperti pasar raya terpilih dan kaunter fizikal kekal di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban.

"Kita mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Ahli Dewan Undangan Negeru (ADUN), dimana setiap masa kita mendapat permintaan daripada ahli yang berhormat untuk menempatkan kaunter fizikal di tempat masing masing.

"Kita akan bermula pada bulan Februari kita akan buka di setiap pejabat daerah kita akan ada menempatkan kaunter fizikal di situlah selain daripada kaunter fizikal bergerak berdasarkan daripada permintaan daripada ahli-ahli yang berhormat ADUN kawasan termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)," kata Mohd Sawal kepada RTM di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Seremban.

Dalam pada itu seramai 69,568 penduduk Negeri Sembilan telah berjaya berdaftar sejak 2 Januari lalu.

Orang ramai boleh melayari media sosial Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan bagi mendapatkan informasi mengenai lokasi pembukaan kaunter fizikal PADU di negeri itu.

TETITIA YUSOFF