fb fb fb fb fb

BUDI MADANI, pembangunan sistem tidak libatkan sebarang peruntukan

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Pembangunan sistem bagi pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) termasuk portalnya tidak melibatkan sebarang peruntukan.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata ia dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman membabitkan kakitangan kerajaan tanpa khidmat perunding luar.

"Oleh itu isu tender terbuka atau tidak, tidak wujud memandangkan menggunakan infrastukrtur sedia ada," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan wakil Libaran, Datuk Suhaimi Nasir mengenai kos pembangunan sistem BUDI MADANI dan kaedah perolehannya dilaksanakan sama ada secara tender terbuka.

BUDI MADANI meliputi kategori individu dan Agri-komoditi membabitkan bantuan tunai bulanan sebanyak RM200.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN