fb fb fb fb fb

BUDI MADANI: Bantuan RM200 disalur hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Bantuan tunai pertama inisiatif BUDI MADANI berjumlah RM200 disalurkan bermula hari ini melalui akaun bank penerima.

Bagi penerima tanpa akaun bank, boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menurut Kementerian Kewangan, BUDI MADANI telah menerima sebanyak 60,000 permohonan dengan 30,000 permohonan telah diluluskan merangkumi pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi, setakat 8 Jun lalu.

Berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan disebabkan tidak memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan.

"Bagi pemohon individu yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my.

"Untuk pemohon petani dan pekebun kecil, perlu terlebih dahulu berdaftar dengan agensi di bawah kementerian terlibat, sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

"Maklumat lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan, layari https://budimadani.gov.my.

"Pemohon juga boleh hubungi talian 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau kemukakan pertanyaan menerusi e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," menurut kenyataan itu.

Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh dibuat di semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN