fb fb fb fb fb

Budaya stereotaip terhadap wanita perlu dihakis - Nie Ching

Pada masa sama, Nie Ching turut menyerahkan sekuntum bunga bagi menghargai tetamu wanita yang hadir termasuk pengamal media.

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Budaya stereotaip terhadap wanita perlu dihakis bagi meningkatkan keterlibatan golongan tersebut dalam sektor pekerjaan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, antaranya penglibatan dalam industri digital yang hanya mencatatkan kadar 35 peratus bagi tahun 2022.

Beliau berpendapat naratif baharu perlu dicipta bagi memperkasa dan menggalakkan lebih banyak penyertaan wanita dalam industri.

"Apabila kita ada inklusiviti maksudnya penglibatan daripada semua jantina, termasuk semua kaum,  budaya pun ada, ini akan membantu kami membuat keputusan yang lebih kondusif dan lebih baik. Sebab itu saya rasa sangat penting yang saya sebut dalam ucapan saya 'inspired inclusion' bagaimana kita nak galakkan masyarakat kita secara keseluruhan tidak kira syarikat, tempat kerja, Parlimen, tempat awam bagaimana kita boleh jadi mesra keluarga, mesra wanita," katanya kepada pemberita pada sidang media ketika menghadiri Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Petaling Street di sini.

Pada masa sama, Nie Ching turut menyerahkan sekuntum bunga bagi menghargai tetamu wanita yang hadir termasuk pengamal media.

Majlis tersebut merupakan anjuran Pejabat Timbalan Menteri Komunikasi dengan kerjasama MyCreative Venture.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM