fb fb fb fb fb

Budak dua tahun lemas terjatuh dalam tasik

FOTO BOMBA PERAK

SERI ISKANDAR, 20 April- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut setelah jatuh ke dalam tasik berhampiran masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.19 tengah hari.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Seri Iskandar diarahkan ke lokasi kejadian dan dibantu BBP Parit dan Ipoh.

Jelasnya, mangsa dan keluarga berada di lokasi ketika kejadian bagi menunggu waktu solat. 

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa berada bersebelahan tasik berkenaan.

Proses mencari dilakukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Ipoh bersama bantuan bot oleh BBP Parit dan menemui mangsa kira-kira tiga meter dari tebing.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE