KULIM, 22 Jun- Penyertaaan Malaysia dalam BRICS tidak akan memberi kesan terhadap sektor elektrikal dan elektronik (E&E) negara biarpun ditengah-tengah ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tersebut khususnya semikonduktor memberikan faedah daripada kerjasama multilateral.
"Permintaan untuk sertai BRICS adalah untuk kebaikan masa depan kerana BRICS ini meliputi beberapa negara yang mempunyai peratus populasi dunia yang ramai dan adalah fasa yang sangat besar."
Kita harapkan peluang menerusi akses ke dalam pasaran ini," kata Chang kepada pemberita selepas merasmikan Program Pra Peluncuran Industri Inovasi Teknologi di Kulim, Kedah.
Ujarnya, BRICS merangkumi sembilan buah negara merangkumi secara dasarnya 45 peratus populasi dunia yang mempunyai pasaran yang luas.