fb fb fb fb fb

Bot terbakar, 20 kru bot nelayan warga Laos berjaya diselamatkan

MERSING, 5 Ogos - 20 kru bot nelayan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki terbakar pada pukul 9.30 malam semalam ketika berada di perairan Kuala Endau,Pahang.

Semua mereka berjaya diselamatkan bot nelayan tempatan yang berada berhampiran.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, ketika kejadian, bot tersebut di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau.

Sejurus menerima panggilan kecemasan, sebuah bot ronda kelas Perkasan digerakkan ke lokasi.

 
(Bot nelayan yang dinaiki 20 orang warganegara Laos terbakar di perairan Kuala Endau,Pahang)

Semua 20 mangsa merupakan lelaki warganegara Laos.

Mereka kemudian dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka.

Hasil siasatan mendapati, kebakaran berpunca daripada bahagian enjin sebelum merebak ke seluruh bot.

Media Baharu