fb fb fb fb fb

Bot nelayan wajib pasang alat MTU

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah meneliti dan menetapkan keperluan mewajibkan pemasangan alat Mobile Transceiver Unit (MTU) di atas vesel penangkapan ikan zon C, C2 dan C3 (vesel penangkapan ikan tuna di laut lepas/Lautan Hindi) dalam syarat lesen bagi memenuhi komitmen negara terhadap pematuhan peraturan perikanan.    

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata peranti tersebut berupaya menghantar dan menerima isyarat mengenai kedudukan vesel dengan menggunakan teknologi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Seterusnya, mengelak kegiatan penangkapan ikan secara haram dan memastikan pengurusan sumber perikanan yang cekap.

Beliau berkata ketika ini terdapat tujuh syarikat pembekal alat MTU di Malaysia dengan dua daripadanya beroperasi di Sarawak dan lima syarikat beroperasi di Semenanjung.

"Harga pasaran bagi satu unit alat MTU ini adalah sekitar RM4,200 hingga RM7,300 termasuk kos pemasangan.

"DOF akan menggalakkan lebih ramai syarikat pembekal alat MTU untuk mendapatkan bukti konsep (POC) bagi membolehkan nelayan mempunyai pilihan serta mencari kaedah yang bersesuaian bagi membantu mengurangkan beban kos operasi dan harga peralatan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berhubung tujuan pemasangan MTU pada bot nelayan serta sebab dan cara mengatasi penolakan daripada nelayan terhadap sistem tersebut.

 

1302 ARTHUR NELAYANAlat Mobile Transceiver Unit (MTU)

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE