fb fb fb fb fb

Bom lama ditemui di kebun sawit Felda Bukit Senggeh

Objek dipercayai bom seberat 227 kilogram ditemui di kawasan kebun kelapa sawit Felda Bukit Senggeh / Foto Polis Daerah Jasin

JASIN, 14 Julai - Objek dipercayai bom lama ditemui di kawasan kebun kelapa sawit Felda Bukit Senggeh, Nyalas di sini, tengah hari tadi.

Laporan penemuan dibuat orang awam sekitar pukul 1.47 tengah hari ketika kerja pembersihan dilakukan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, Unit Pemusnah Bom Cawangan Persenjataan Bahagian Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.

“Hasil pemeriksaan mendapati objek tersebut ialah bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) dengan anggaran berat 227 kilogram,” katanya.

Beliau berkata, tindakan memusnahkan bom itu akan dilakukan esok, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN