fb fb fb fb fb

Bilik transformer kilang terbakar, 2 buruh warga asing rentung

Dua lagi mangsa mengalami kecederaan

MELAKA, 24 Februari- Dua pekerja warga asing rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran membabitkan bilik transformer kilang Panasonic di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, dua mangsa yang cedera berusia 30-an dan setakat ini identiti keempat-empat mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Komander Operasi, PBK 1 Roslan Manas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.08 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan dibantu BBP Cheng dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya berdasarkan laporan awal, empat mangsa terlibat dalam insiden itu, di mana dua lelaki warga Bangladesh berjaya dikeluarkan namun mengalami kecederaan melecur.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan terdapat dua lagi mangsa yang terperangkap telah dijumpai dan disahkan meninggal dunia.

Tambahnya, kebakaran di bahagian atas bangunan dua tingkat itu menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada bilik transformer berkeluasan 20x50 kaki persegi musnah dalam insiden tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE