RIM, 26 Disember- Mempunyai bidang berkemahiran tinggi dalam seni kraf tekstil atau jahitan, membantu bekas pekerja kilang Mazlina Abdul Majid, 51, meraih pendapatan lumayan.
Dia nekad untuk terus berkecimpung dalam penghasilan produk kraf itu yang sering mendapat permintaan sehingga ke pasaran antarabangsa.
Menariknya, produk yang dihasilkan mengekalkan elemen tradisional melayu Melaka dan memaparkan ciri ciri flora dan fauna.
"Alhamdulillah selama empat tahun saya menceburi bidang ini kraftangan banyak membantu saya daripada segi bantuan kewangan, bantuan pengeluaran bantuan bahan.
"Daripada batik keluaran saya sendiri bermotifkan dinosaur dengan motif Melaka serta floral," katanya kepada pemberita di sini.
Mazlina berkata seni menjahit yang dipelajari daripada kursus yang dianjurkan kraftangan Malaysia juga banyak membantu mengasah bakatnya dalam bidang itu.
Antaranya menghasilkan pelbagai inovasi produk yang mesra kanak kanak seperti barang mainan, batu Seremban, pelitup muka dan rantai kunci.
Terbaru, beliau yang juga mendapat pengiktirafan usahawan Standard Kraftangan Malaysia berjaya mendapat tempahan tinggi sehingga ke United Kingdom.