fb fb fb fb fb

Bertindak segera, kes jenayah babitkan wanita dan kanak-kanak - Nancy

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa semua pihak supaya bertindak segera serta tidak mengambil ringan terhadap kes jenayah sadis membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Beliau turut menzahirkan rasa geram dan gusar atas peningkatan jenayah itu sejak kebelangan ini.

"Sebenarnya memang kita geram mengenai perkara ini. Tetapi geram sahaja tidak cukup. Kita perlu bertindak, semua pihak terutama sekali mereka dalam kerajaan juga perlu bertindak.

"Kita perlu sentiasa mengadakan advokasi seperti mana yang kita sedang menjalankan advokasi tersebut dan malah advokasi kita bukan hanya terhadap pihak dewasa tetapi pihak sekolah, budak-budak sekolah juga.

"Mungkin daripada segi pendakatan itu berbeza, saya rasa ini adalah satu tanggungjawab bersama," kata Nancy.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Pembentangan Malaysia Care Economy Forum (CEF) sempena sambutan Hari Wanita ke-63 anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) di Ibu Negara, mengulas mengenai kes-kes jenayah seperti pembunuhan, rogol, penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

TETITIA YUSOFF