fb fb fb fb fb

Bersihkan nama negara dari rasuah, elak ketirisan tender

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

NEW DELHI, 21 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nama negara dibersihkan dari unsur rasuah.

Jelasnya, ia perlu bermula dengan mengelakkan ketirisan tender.

"Kita perlu bersihkan negara ini dari rasuah, salah guna kuasa. Setiap tender besar, mesti hendak ambil komisen. Itu bukan duit bapa kamu! Itu duit rakyat!

"Kamu perlu mengawalnya. Ia bukan senang, tapi perlu amalkan. Saya perlu berikan kredit kepada kabinet saya, tiada seorang pun persoal isu berkaitan tender", katanya.

Datuk Seri Anwar turut mengakui nama negara terpalit dengan amalan buruk rasuah, susulan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan persepsi itu perlu diubah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama diaspora Malaysia di Konsulat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, New Delhi.

Lebih 200 pegawai diplomasi, ahli perniagaan dan pelajar hadir ke majlis berkenaan.

ROSLINA BINTI DIN