fb fb fb fb fb

BERNAS nafi terdapat campuran beras plastik dalam produk

(FOTO HIASAN)

SHAH ALAM, 6 Oktober - Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.

Jaminan itu sekali gus menyangkal dakwaan penularan mesej berantai di media sosial bahawa terdapat campuran beras plastik di dalam produk mereka.

(FOTO HIASAN)

"Syarikat sentiasa memastikan tahap pematuhan piawaian tinggi dan pemantauan kualiti ketat di setiap peringkat perolehan bekalan beras import serta tempatan.

"Semua jenis beras import perlu melalui syarat ketat dan proses pemeriksaan kualiti yang rapi bermula di negara pembekal," kata BERNAS menerusi kenyataan.

Kenyataan turut memaklumkan, bekalan beras yang dibawa masuk turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti dan spesifikasi beras yang dipantau rapi.

Ini bertujuan bagi mencegah sebarang bentuk penyelewengan yang tidak diingini berlaku.

BERNAS turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Media Baharu