KUALA LUMPUR, 7 April -Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) diminta segera isytiharkan harga siling bagi beras putih import.
Ketua Pasukan Petugas Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal berkata langkah itu penting bagi memastikan rakyat mengetahui perkara tersebut.
Sekali gus mengelak kekeliruan memandangkan terdapat pelbagai jenis beras import dalam pasaran dengan harga berbeza.
Sementara itu, beliau berharap senarai pengilang yang bakal mengeluarkan, dan membekalkan beras putih tempatan diumum sebelum Hari Raya Aidilfitri.
20 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan empat langkah bagi mengatasi isu bekalan beras di pasaran.
Antaranya, semua stok padi dan beras dibeli pengilang berjumlah 140,000 tan metrik diproses serta dikeluarkan untuk kegunaan pasaran serta-merta.