fb fb fb fb fb

Beri ruang kepada siasatan forensik dalaman - Sivakumar

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar/ Foto fail

KUALA LUMPUR, 10 Disember - Semua pihak perlu memberi ruang kepada pasukan siasatan forensik dalaman untuk melengkapkan siasatan berkaitan kes serangan siber yang menyasarkan infrastruktur dan imej Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dalam satu kenyataan berkata, spekulasi tidak berasas yang ditularkan di media sosial sebelum ini diharap dapat dihentikan.

Jelasnya perbuatan tersebut bukan hanya mengeruhkan keadaan malah berupaya mengundang ketidaktenteraman dalam kalangan

"Kementerian sekali lagi memberi jaminan, tiada pihak yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati menjadi dalang kepada insiden pada 2 Dis lalu,” katanya yang turut memaklumkan serangan siber itu berjaya dipatahkan dengan usaha pemulihan serta mitigasi ketika ini giat dilaksanakan," katanya.

Sivakumar berkata semua bukti forensik telah dikumpul sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Proses itu termasuk meneliti kemungkinan wujud elemen jenayah komersil yang membawa kepada gangguan sistem, pangkalan data dan laman sesawang agensi seliaan kementerian.

Jumaat lalu, Perkeso memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lepas tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan serta orang ramai.

Pertubuhan itu memaklumkan segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terlibat akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh yang diperuntukkan.

TETITIA YUSOFF