fb fb fb fb fb

Berhenti perlekeh usaha kerajaan bawa dan rawat rakyat Palestin ke Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

PUTRAJAYA, 18 Ogos- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa agar segelintir rakyat yang mempersoalkan tindakan kerajaan membawa rakyat Palestin untuk mendapatkan rawatan di negara ini supaya berhenti daripada terus mencerca usaha murni berkenaan.

Jelasnya, rakyat Malaysia sewajarnya menghargai dan menyokong inisiatif yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus melihat usaha tersebut sebagai usaha membantu perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan kemerdekaan.

"Usaha kerajaan bukan sekadar membawa anak-anak Palestin dan juga wanita-wanita yang cedera disebabkan kezaliman yang dilakukan oleh Israel,tetapi juga banyak lagi inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan di peringkat antarabangsa dan sebagainya.

"Rasullulah menyebut, barang siapa yang tidak ada rasa cakna melakukan sesuatu atas keperihatinan atau kezaliman yang berlaku pada orang Islam yang lain maka dia tidak termasuk dalam kalangan kami", katanya yang ditemui media semasa Majlis Pelepasan peserta larian JAWI Run yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Wawasan Putrajaya, di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD