fb fb fb fb fb

Bencana negara, beberapa dasar akan digubal - Armizan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR, 30 November- Kerajaan akan menggubal beberapa dasar untuk meningkatkan kesiapsiagaan ketika berlaku bencana di negara kita. 

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang menyemak semula dan mengemaskini Arahan Keselamatan Negara nombor 19 dan 20 bagi memperkukuh serta meningkatkan keupayaan pengurusan bencana di negara ini. 

"Kita juga dalam proses untuk mengubal DRR (Pengurangan Risiko Bencana) dan juga mempertimbangkan wujudnya satu akta khusus untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan.

"Insya-Allah sebaik sahaja mendapat kelulusan dasar daripada Kabinet nanti, kita akan membuat pelbagai sesi libat urus," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Zailah Mohd Yusoff pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Tambah Armizan, setakat ini 426 penduduk terjejas banjr daripada 123 keluarga masih ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS), meliputi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM