fb fb fb fb fb

Belia berperanan penting untuk dasar negara- Dr Zaliha

Dr Zaliha Mustafa ditemui media selepas menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Peranan belia dalam pembangunan negara dan penggubalan keputusan adalah penting bagi memastikan dasar kerajaan tidak bersifat "one-size-fits-all".

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, populasi belia merangkumi hampir 40 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia justeru, dasar yang digubal perlu bersifat khusus, bersasar, dan berkesan.

Usul yang dibawa khususnya di peringkat Wilayah Persekutuan akan diteliti menerusi sesi libat urus bersama agensi terlibat bagi menyelesaikan isu dihadapi golongan belia.

"Ini adalah usul menjadi keprihatinan yang dekat dengan hati belia dan harus diambil serius dan diambil berat oleh agensi untukk selesaikan perkara yang dibawa dan lebih penting untuk kita meletakkan perkara yang mereka bawa ini sehingga ke peringkat dasarnya khususnya di Wilayah Persekutuan ini,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan.

Program dihadiri pelbagai agensi bagi meneliti lapan usul yang dikemukakan 70 wakil belia Peringkat Wilayah Persekutuan.

Antara usul dikemukakan termasuklah, mewujudkan Dasar Belia Wilayah Persekutuan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE