fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: Projek pembangunan di Pahang, beri kesejahteraan kepada rakyat

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail / Foto BERNAMA

KUANTAN, 19 Oktober - Peruntukan Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion merupakan satu komitmen besar kerajaan dalam memastikan pembangunan yang seimbang dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Beberapa projek diperuntukkan secara khusus kepada Pahang diumumkan dalam Belanjawan 2025 akan menjadi nilai tambah serta memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi kenyataannya di Facebook memberitahu, peruntukan pelbagai projek kepada negeri itu sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan Pahang.

Antara projek yang diperuntukkan secara khusus adalah pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, menambah baik kemudahan di Taman Negara Endau Rompin, pencalonan  Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) untuk tapak lombong bijih timah Sungai Lembing, pembinaan dan pembaikan jalan-jalan kampung di daerah Lipis serta pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands.

Trainee2