AYER KEROH, 18 Oktober-Peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Pembentangan Belanjawan 2025, dilihat mampu memperkasa pertumbuhan ekonomi Melaka.
Ia sekali gus membantu kerajaan negeri dalam merencana pembangunan terancang serta membina masa depan rakyat negeri itu.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan keprihatinan kerajaan yang menyalurkan peruntukkan kepada tiga projek pembangunan yang bakal membawa manfaat kepada rakyat negeri tu.
Antaranya, projek Pembinaan Pusingan U Bertingkat dan Direct U-Turn dari Persimpangan Pulau Gadong hingga Persimpangan Taman Cheng Perdana, Pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral dan Pembinaan Balai Polis baharu di Tanjung Minyak.
Selain itu, katanya, Pembinaan Lebuhraya WCE bagi Jajaran Banting ke Gelang Patah bakal memberi manfaat kerana bakal menyediakan alternatif untuk pengguna jalanraya ke Melaka selain Lebuh Raya Utara Selatan.