fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: Malaysia raih RM329.5 bilion pelaburan, ringgit mengukuh

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Malaysia mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan RM329.5 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, jumlah itu merupakan yang tertinggi pernah direkodkan selain mata wang ringgit diiktiraf dengan prestasi terbaik di dunia.

Katanya, meskipun ekonomi dunia serba galau dek hiruk-pikuk geopolitik tidak berkesudahan, kedudukan ekonomi negara kali tantangan dan terus mengukuh.

"Bagi separuh pertama 2024, kita berjaya meraih pelaburan diluluskan RM160 bilion, melonjak ketimbang RM135.6 bilion

"Kesungguhan semua pihak berjaya mengukuhkan ringgit 14.4 peratus ketimbang dolar Amerika dalam suku ketiga 2024 (yang mana) pencapaian terbaik sejak tahun 1973," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, pertumbuhan ekonomi suku kedua pada tahun lalu juga mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertama.

Katanya, tahap inflasi pada Ogos 2024 juga turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus.

"Namun, kita tidak berganjak dalam hal meredakan kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat," katanya.

Malah, pengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020.

Ini adalah belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan Madani pimpinan beliau dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

GRACE AISYAH KEDAYAN