fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: KDN dan MINDEF terima pertambahan peruntukan

Foto RTM

KUALA LUMPUR,18 Oktober – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (MinDef) masing-masing menerima pertambahan peruntukan sebanyak RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut adalah untuk mengekang peningkatan kes jenayah dan memelihara perpaduan rakyat.

"Beberapa pejabat polis baharu dibina tahun hadapan dengan kos RM2.1 bilion . Antaranya melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju; Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya; dan Balai Polis Tanjung Minyak, Melaka", katanya.

Ujar Anwar, pembinaan ibu pejabat polis berkenaan diharapkan dapat meningkatkan kehadiran polis di kawasan berisiko dan memudahkan akses kepada perkhidmatan keselamatan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan (MinDef) pula mendapat peruntukan RM21.2 bilion meningkat berbanding RM1.4 bilion.

Peningkatan jumlah itu adalah untuk memastikan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

"Dari jumlah ini, RM5.8 bilion akan digunakan untuk penyelenggaraan, pembaikan, dan perolehan aset ketenteraan baharu", ucap Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen.

Sementara itu,kerajaan akan memperkenalkan program baharu PROTEGE – Veteran dalam usaha meningkatkan peluang pekerjaan untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Program ini mewajibkan kontraktor untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada veteran, terutama mereka yang mempunyai kelayakan TVET", kata Anwar.

Selain itu, kerajaan juga memberi tumpuan kepada pembangunan industri ketenteraan tempatan melalui pemindahan teknologi dari pembekal aset ketenteraan.

Syarikat tempatan seperti Aerodyne, yang dikenali sebagai penyedia perkhidmatan dron terkemuka dunia akan diberikan sokongan untuk menembusi pasaran eksport, khususnya dalam aplikasi keselamatan dan kawalan sempadan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD