fb fb fb fb fb

Bekas ketua biro NST meninggal dunia

Bekas Ketua Biro NST Alor Setar dan Pulau Pinang, Allahyarham Noor Adzman Baharuddin

GEORGETOWN,27 Februari - Bekas Ketua Biro New Straits Times (NST) Pulau Pinang dan Alor Setar, Noor Adzman Baharuddin meninggal dunia pada pukul 12.59 tengah hari tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di  Hospital Island akibat kanser hati.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 64 tahun.

Jenazah dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ara selepas solat maghrib.

Sementara itu, adik allahyarham, Noor Azhar Baharuddin menyifatkan abangnya sebagai seorang penyayang dan gemar membantu orang lain semasa hayatnya.

"Allahyarham abang saya memang seorang yang penyayang bukan sahaja kepada adik beradik tetapi juga yang saya tahu bila dia sakit ramai kawan-kawan yang datang melawat dan ziarah.

"Kawan-kawan juga bercerita pada kami bahawa allahyarham bukan sahaja rakan tapi macam abang kepada mereka", kata Noor Azhar yang ditemui pemberita di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD