(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 18 Mei- Bekalan telur ayam dalam negara berada pada tahap melebihi permintaan ketika ini.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA ) telah melaksanakan kerjasama strategik dengan 11 pembekal utama telur ayam di seluruh negara bagi mendapatkan bekalan yang mencukupi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini, FAMA mempunyai kapasiti membekalkan 1.33 juta biji telur seminggu.
Bekalan itu diedarkan terus ke premis peruncitan FAMA selain melalui kerjasama strategik dengan perantara pasaran.
"Kerana telur adalah harga barangan kawalan maka harga itu ditetapkan kepada harga yang telah dikeluarkan mengikut jadual. Dalam perkara ini yang penting pengguna tetap dapat bekalan.
"Saya telah mengarahkan agar pihak FAMA membuka lebih banyak pasar tani mengikut kepadatan penduduk di satu kawasan.
"FAMA telah diarahkan membuka mengikut nisbah penduduk. FAMA harus mempunyai perancangan untuk membuka sebanyak 1,391 pasar tani," kata Ahmad Zahid kepada media di sini.
Hingga 8 Mei ini sebanyak 28.10 juta biji telur ayam telah diedarkan kepada pengguna.
(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bekalan telur ayam melebihi permintaan)