fb fb fb fb fb

Bekalan ayam mencukupi

NILAI, 26 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setakat ini tidak menerima sebarang aduan mengenai bekalan ayam tidak mencukupi menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penetapan skim kawalan harga barang yang dijalankan ketika musim perayaan adalah bagi melindungi hak pengguna dan peniaga.

Namun begitu beliau turut menasihatkan peniaga untuk tidak menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya sejurus skim kawalan harga ketika musim perayaan tamat tempoh nanti.

(FOTO FAIL)

"Kita dah senaraikan 28 jenis barang makanan utk dikawal hrganya. Bekalan ayam nampaknya ada masih mencukupi. Kita belum terima aduan baru dimana mengatakan tiada bekalan, jadi saya berharap ini akan berkekalan ada. Cukup untuk bekalan ayam dan telur semasa kita meraikan Aidilfitri dalam beberapa hari lagi," kata Alexander di sini ketika membuat lawatan ke bahagian runcit Aeon Mall di Nilai.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula hari ini meliputi 28 jenis barangan asas seperti ayam, telur ayam, hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.
 
KPDNHEP tidak menolak sebarang kemungkinan untuk memanjangkan skim itu sekiranya terdapat keperluan.

Media Baharu