fb fb fb fb fb

Bedah siasat mayat mangsa kemalangan di Jalan Bercham dilakukan hari ini

Pihak bomba sedang mengeluarkan mangsa kemalangan

IPOH, 14 November - Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa kemalangan di Jalan Bercham, Ipoh malam tadi, dijalankan hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisionar (ACP) Yahaya Hassan dalam satu kenyataan berkata, polis menerima maklumat berhubung kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan itu, pada pukul 8.28 malam tadi.

Siasatan awal mendapati, sebuah kereta dari arah Tanjung Rambutan hilang kawalan selepas melalui jalan selekoh sebelum merempuh sebuah lori sampah yang datang dari arah bertentangan. 

"Akibat pelanggaran, kereta tersebut yang dipandu seorang lelaki berumur 20 tahun bersama adik dan sepupunya berumur 16 tahun telah tersepit di bawah lori sampah lalu terbakar," menurut kenyataan itu.

Kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi manakala pemandu lori sampah bersama-sama empat kelindan tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

TETITIA YUSOFF