fb fb fb fb fb

Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai, pengecaman dilakukan keluarga

Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 7 Februari - Proses bedah siasat ke atas mangsa nahas helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong selesai pukul 3.00 petang tadi.

Pengecaman mayat jurutera warga Indonesia itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang tadi oleh bapa saudara mangsa.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan di tempat kejadian masih diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bawah Kementerian Pengangkutan.

Pihak BSKU telah tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dan telah selesai menjalankan siasatan pada pukul 3.30 petang.

"Saya hanya memaklumkan tentang perkembangan siasatan mengesahkan bahawa pihak BSKU telah hadir di tempat kejadian dan telah meneruskan siasatan dan telah selesai manakala bangkai pesawat pihak saya dan bsku telah menyerahkannya kepada Malaysian Helicopter Services (MHS) untuk tindakan selanjutnya," kata Zaiham kepada pemberita.

Katanya sebarang perkembangan lanjut mengenai hasil siasatan akan dikeluarkan pihak BSKU, Kementerian Pengangkutan.

TETITIA YUSOFF