fb fb fb fb fb

Bayi lima bulan, kanak-kanak cedera tercampak daripada lori

(FOTO JBPM JOHOR)

PONTIAN, 23 Mei- Seorang bayi lelaki lima bulan, dan seorang kanak–kanak lelaki lima tahun cedera, selepas tercampak keluar daripada sebuah lori, yang terbabit kemalangan di Jalan Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor, 3:21 petang semalam.

Turut cedera dalam kemalangan, ibu kepada dua beradik itu, berumur lingkungan 30-an.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Satu Mohd Nazri Ahmad Shahidon memaklumkan, bapa kepada kanak–kanak berkenaan yang memandu lori tersebut bagaimanapun terselamat.

Kemalangan berlaku semasa keluarga itu dalam perjalanan ke tapak pasar malam untuk berniaga, sebelum lori tersebut hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit.

Operasi berjalan kurang sejam, melibatkan sepuluh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru.


(FOTO JBPM JOHOR)

Media Baharu