fb fb fb fb fb

Bayaran akhir STR secara berperingkat mulai esok

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 November- Bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada 8.7 juta penerima dibuat secara berperingkat mulai esok, melibatkan peruntukan RM3.4 bilion.

Hampir RM10 bilion telah disalur kepada penerima STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepanjang tahun ini berbanding RM8 bilion, tahun lepas.

Kenyataan Kementerian Kewangan menyebut, pada masa sama, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai tambahan sekali bayar SARA kepada 8 juta penerima STR.

Iaitu bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember depan.

Manakala baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA.

Dengan penambahan itu, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini.

Pendaftaran STR 2025 juga dibuka sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat memperoleh manfaat.

Trainee2